Kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.
TAHNIAH AMBIGA, BUAT APA SAJA YG PATUT DEMI MASA DEPAN RAKYAT MALAYSIA, AGAR NEGARA TAK TERGADAI OLH UMNO, MENANG SORAK NEGARA TERGADAI...SEKARANG PULAU BATU PUTIH DAH TERGADAI, DULU SINGAPURA TERGADAI, NASIB BAIK LIMBANG SARAWAK MASIH SELAMAT BLUM TERGADAI, TG PAGAR JUGA DAH LUNAS TERGADAI....PEMIMPIN UMNO HANYE MENJAGA TEMBOLOKNYA JE, YG PENTING"SAPuuuuMalaysia!!!!!
www.malaysiakini.com
Bergantung kepada nasihat Seri Paduka, gabungan lebih 60 NGO itu akan memutuskan sama ada akan meneruskan perhimpunan BERSIH Sabtu ini.


Parti Islam Se-Malaysia PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini. Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini.

Titah Seri paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihanraya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini.

Sehubungan dengan itu, maka PAS bersedia untuk menghantar wakil bersama dengan BERSIH 2.0 dan rakan politik dalam Pakatan Rakyat serta semua pihak yang cintakan keamanan untuk berunding dan seterusnya mengadap ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini. Kesan dari salah faham initelah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi olehpihak berkuasa.

PAS percaya bahawa asas penyebab utama bantahan ini perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan, terutamanya oleh pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan dalam negara kita pada ketika ini. Ini juga selari dengan titah Seri Paduka Baginda Tuanku supaya pihak kerajaan wajar untuk melaksanakan amanah dengan secara adil dan bijaksana. Tercetusnya idea bantahan ini adalah kerana terlalu banyak kelemahan dalam amalan pilihanraya di Malaysia dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik. Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihanraya umum diadakan. Sejak Sekian lama ini,kerajaan Barisan Nasional telah banyak menyalahgunakan kuasa mereka di atas nama demokrasi, walaupun negara-negara di seluruh dunia sudah banyak melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat.

Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia
4 Julai 2011/ 2 Syaaban 1432 H

Bersih 2.0 : Malaysia bukan lagi negara hukum– Aziz Bari

KUALA LUMPUR: Malaysia bukan lagi negara hukum, sebaliknya perlahan-lahan menjadi negara polis atau negara diktator, berikutan penguasanya bersikap ‘bersultan di mata, beraja di hati’, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
“Negara Berperlembagaan (constitutional state) ialah negara yang dipandu Perlembagaan. Semua orang, dari raja sampai ke rakyat bertindak mengikut peruntukan dan semangat Perlembagaan,” katanya.
Bercakap kepada Keadilandaily.com, beliau berkata, negara berperlembagaan mempunyai prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) dan semak dan imbang (check and balance), tetapi peristiwa seminggu lalu menunjukkan sebaliknya.

“Polis bertindak mengikut kehendak parti pemerintah. Mahkamah tidak kelihatan simpati dengan Perlembagaan dan rakyat dihalang dari menikmati hak yang tertera dalam Perlembagaan.
“Kalau Perlembagaan hanya dipakai untuk diri sendiri sedangkan hak orang lain dilanggar, itu bermakna tidak ada Perlembagaan. Ini yang berlaku di Malaysia sekarang,” katanya ketika diminta mengulas penggunaan Ordinan Darurat ke atas ahli, pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan pengharaman Bersih 2.0.
Minggu lalu, polis bertindak ganas menyerbu pejabat Bersih, menahan mereka yang memakai baju kuning dan mengganggu ceramah aman di dalam premis parti.
Aziz dengan menjadikan pengharaman baju kuning sebagai contoh, berkata, kerajaan melanggar prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan.
“Kerajaan dan polis perlu ingat, undang-undang merangkum semangat tertentu. Sebab itu, polis perlu menggunakan pertimbangan khususnya prinsip kemunasabahan (reasonableness) dan tidak keterlaluan (proportionality),” katanya.
Pakar Perlembagaan itu berkata, Ordinan Darurat dibuat Mageran melalui perisytiharan pada Mei 1969 tetapi ia sehingga kini belum ditarik balik dan bermakna negara masih dalam keadaan darurat.
“Tahun lalu, Menteri Dalam Negeri memberitahu perhimpunan mahasiswa yang Malaysia tidak lagi dalam darurat. Hishammuddin macam tak tahu hal itu,” katanya.
Aziz juga kesal kerana isu agama dan peribadi dikaitkan hingga mendorong Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) memerintahkan masjid di Kuala Lumpur membacakan khutbah mengutuk Bersih, Jumaat lalu.
“Bersih bukan soal Ambiga itu ada cita-cita besar atau anti-Islam atau dia itu Hindu. Atau soal Mat Sabu. Ini semua mengarut. Ada unsur hasutan kerana nampak sangat hendak membangkitkan kemarahan umat Islam.
“Ini melanggar Perlembagaan yang meletakkan agama di tangan Yang di-Pertuan Agong. Sekaligus mereka mengheret istana ke kancah politik,” katanya.

YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Saya menyeru kepada seluruh ahli dan penyokong Pas supaya hadir ke himpunan Bersih 2 pada 9 julai ini, bagi menunjukkan komitmen kita untuk membersihkan sistem pilihanraya negara dan saya berpesan, supaya kita menjaga adab dan kelakuan kita sepanjang perhimpunan ini sebagaimana biasa amalan kita.